Isnin, 25 Jun 2012

Dan ini aku, selepas berakhirnya semuanya.

Aku pulang dari perang ini, dengan cedera yang membawa kecacatan kekal.
Dan aku pulang dari medan perang ini, dengan disambut berita kehilangan dia yang aku janji pada diri sendiri untuk berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan aku kepercayaan untuk langsung percaya yang aku lahirnya seorang perwira; bahawa jauh di dalam hati dia tahu bahawasanya aku ini seorang perwira. 

Aku pulang dengan masih darah menitik-nitik daripada dahi aku, bahu aku yang terkoyak kulitnya, kaki aku yang pecah lututnya - hanya untuk disambut dengan kelesapannya daripada mata aku.

Dia hilang - dan dia tinggalkan nota untuk mengakhirkan semuanya.
Mengakhirkan apa?

Dan ini aku, yang baru pulang daripada peperangan dengan ilusi yang aku sendiri memperdaya diri sebagai satu realiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.