Jumaat, 22 Jun 2012

Ini, sebagai ingatan.

Tentang bagaimana aku mengharungi minggu terakhir..oh tak, hari-hari terakhir sebelum pembentangan final year project.

Ada dua je kemungkinan.

Dan aku langsung tak berani membayangkan mana-mana satu pun senario.

Dan ini aku, sebelum segalanya tercatat.
Sebelum penghabisannya menjadi nyata.

Dan ini aku, umpamanya berdiri di hujung sebelah kiri medan perang,
dengan pedang terhunus ke bumi,
memandang jauh ke hadapan,
bayangan pihak lawan yang berbalam-balam;
yang jumlahnya tidak dapat aku pastikan,
dan aku akhirnya tarik nafas mengira satu dua tiga,
lantas melaung takbir dan serentak juga menghunus pedang ke langit,
mencabar pihak lawan di seberang sana,
dengan simbolik mengunjuk ke langit umpama mengatakan,
takdir di atas menunggu kita berdua.
Sama ada kau,
atau aku,
yang akhirnya berjalan keluar daripada medan ini,
dengan langkah seorang wira.

Sama ada kau, atau aku,
yang mati.

Ayuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.