rasa mahu melompat masuk dalam kereta; bersama buku-buku kesayangan yang dah serupa haiwan peliharaan, kerana kucing aku jauh dan kekangan ruang dan autoriti yang tidak membenarkan aku untuk bela kucing di sini; cuma bawa beg galas, cukup berus gigi ubat gigi pencuci muka sabun mandi syampu, dan jalan melihat tempat orang untuk barang sehari dua. kebelakangan ini aku seolah-olah seperti mereka-mereka yang tiba-tiba snap, tiba-tiba terasa tersalah jalan, tiba-tiba terasa segala apa setan pun usaha yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk sesuatu yang langsung tidak bermakna. atau aku sebenarnya yang dah lama tidak memanjakan diri sendiri dengan perkara-perkara yang dicintai seperti, bercinta dengan yang dicintai, menghabiskan hujung minggu di depan matahari dan boleh mewarna dan melukis bila-bila masa terniat dalam hati. dan segalanya berputar dan berputar dan berputar dalam kepala; aku tidak tahu kalau ini satu fasa sebelum pencetus aku tiba-tiba muncul dengan kepandaian artistik yang luar biasa atau kepandaian lingustik yang luar biasa - see, segalanya tidak logik. escapism aku ialah dunia realiti, dunia fantasi itu memang dunia asal aku. demi merasa hidup, realiti itu umpama kafein aku untuk kekal peka. apa lagi maknanya usaha selama bertahun-tahun ini kalau bukan untuk belajar menjadi realist? atau menjadi realist itu sebenarnya bila kau dah putus asa menjadi optimist; atau bahasa kita - redha. tujuan asal aku ialah pembayangan jiwa aku yang sengsara; aku ingin pegang kamera besar berkuasa besar, kerana kamera kecik hp samsung tidak memuaskan hati aku bilamana aku tidak dapat tangkap sekurang-kurangnya sedikit kecantikan langit tiap senja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.