Khamis, 1 November 2012

And the sea will come and sweep us away from here.

Tengahari tadi hujan lebat. Dan aku kuyup. Aku ada dua payung; payung yang besar aku korbankan untuk kepentingan orang lain. Aku takpe, ada tudung. Kecik mana pun badan aku, kaki aku panjang. Jadi kena hujan.

Aku tak tau dekat mana yang tak kenanya, keluar-keluar pukul 6 petang aku terkesima tengok cuaca dekat luar. Terang, semacam cerah. Aku tak sangka ini akan berlaku. 

See, biasanya aku akan gembira bila dah panas. Bila dah kembali terik.

Tapi aku taktau dekat mana yang tak kenanya.

Dilema setiap hari; sama ada aku nak ikut jalan bandar atau seksyen 7. In a split second, tau-tau aku dah menghala ikut jalan bandar. Ada tasik, tapi aku tak singgah. Traffic light merah pun aku langgar. 

Sampai-sampai area rumah, in a split second, i turned left. Kawasan perumahan tiga tingkat. Cukup satu lorong, aku keluar balik. Heading home. Home sweet home.
I feel like going somewhere else.
I feel like wandering around, layan angin petang, layan cuaca petang terang macam ni,
daripada terbazir macam tu. Tapi tanpa aku sedar, aku dah tap kad akses dekat guard house. 

Matikan enjin kereta, rendahkan seat, aku tersandar. Termenung.

Blue Sands aku pasang, mainkan, again and again. And, again.

Ia seperti pagi, satu permulaan hari yang baru setelah malam. Bezanya, ini bukan pagi. Dan cuaca cantik macam ni terputus macam tu saja. Tiba-tiba dah malam.

Sambil aku drive fikiran aku kelabu asap. Aku rasa macam pagi, perasaan aku macam pagi. Kenapa semua orang pulang? Kenapa hari ni hendak berakhir?

Aku baru nak bermula. Sepertinya aku baru hendak bermula.
Janganlah (oh Tuhan) cantas perasaan aku macam ni.
I am not prepared.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.