Khamis, 25 Oktober 2012

Ilusi

Bila kau bahagia berbungkuskan rasa yang satu,
Memori indah walaupun satu yang kau bekalkan untuk aku,
berkekalan sampai bila-bila.

Walaupun tiap detik yang berlalu dalam hidup aku berlalu pergi tanpa warna,
kekal hitam putih;
yang ada pada aku hanyalah filem-filem yang penuh dengan gambar kau, gambar kita,
dan itu berputar dalam pusingan yang..infiniti.

dan contengan monolog aku di mana-mana menjadi bukti kepada aku sendiri 
tentang rasa dan cita,
tentang perjalanan ke arah dewasa,
tentang memahami engkau dan aku,
tentang menjadi bodoh dan jatuh keseorangan,

di lain harinya,
bila pagi datang dan kita bangun bercitarasakan yang berbeza-beza,
aku bangun dengan cinta,
dan kau bangun dengan..
..kau, cerita yang lain.

Aku tak ingin berbicara tentang menjadi watak yang disalahertikan sekarang,
kerana hanya cinta yang memenuhi ruang paru-paru aku,
dan aku penuh dengan kerinduan,
dan ketahuilah,
aku penuh, dengan kerinduan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.