Khamis, 15 November 2012

Berlabuh di tepi pantai Sandakan dan mengikrarkan cinta.

Bila aku sudah tua dan andartu,
Akankah kau ada di situ?

Selasa, 13 November 2012

O Wandering Soul

rasa mahu melompat masuk dalam kereta; bersama buku-buku kesayangan yang dah serupa haiwan peliharaan, kerana kucing aku jauh dan kekangan ruang dan autoriti yang tidak membenarkan aku untuk bela kucing di sini; cuma bawa beg galas, cukup berus gigi ubat gigi pencuci muka sabun mandi syampu, dan jalan melihat tempat orang untuk barang sehari dua. kebelakangan ini aku seolah-olah seperti mereka-mereka yang tiba-tiba snap, tiba-tiba terasa tersalah jalan, tiba-tiba terasa segala apa setan pun usaha yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk sesuatu yang langsung tidak bermakna. atau aku sebenarnya yang dah lama tidak memanjakan diri sendiri dengan perkara-perkara yang dicintai seperti, bercinta dengan yang dicintai, menghabiskan hujung minggu di depan matahari dan boleh mewarna dan melukis bila-bila masa terniat dalam hati. dan segalanya berputar dan berputar dan berputar dalam kepala; aku tidak tahu kalau ini satu fasa sebelum pencetus aku tiba-tiba muncul dengan kepandaian artistik yang luar biasa atau kepandaian lingustik yang luar biasa - see, segalanya tidak logik. escapism aku ialah dunia realiti, dunia fantasi itu memang dunia asal aku. demi merasa hidup, realiti itu umpama kafein aku untuk kekal peka. apa lagi maknanya usaha selama bertahun-tahun ini kalau bukan untuk belajar menjadi realist? atau menjadi realist itu sebenarnya bila kau dah putus asa menjadi optimist; atau bahasa kita - redha. tujuan asal aku ialah pembayangan jiwa aku yang sengsara; aku ingin pegang kamera besar berkuasa besar, kerana kamera kecik hp samsung tidak memuaskan hati aku bilamana aku tidak dapat tangkap sekurang-kurangnya sedikit kecantikan langit tiap senja. 

Isnin, 12 November 2012

Falling In Love With You Again - Imelda May

So I was randomly scrolling down my news feed, expecting nothing much,
when your picture happened to be there.

How I long to see your smile.


Rabu, 7 November 2012

Tentang Abstrak dan Eskapism.

Terlalu banyak yang terjadi. Dalam kepala. Tentang kekurangan dos filem yang memuaskan hati, bacaan yang (complete) baik, atau lagi tepat baik mengikut kepuasan hati sendiri. Masih mencari ruang dan peluang untuk buku-buku tersebut datang berjalan ke hujung kaki  minta di baca. Di mana situasi itu adalah win-win; aku tercari-cari dan mereka pun tercari-cari, yakni sesama sendiri. Di mana ketamakan aku dan keterdesakan mereka adalah mutual - kaya ke gini aku pun nggak pasti sampai kapan aku akhirnya bisa jadi produktif; bila satu malam aku pulang kerja dan bercita-cita (berangan) tinggi untuk tulis sesuatu yang 'bukan kosong'. Tapi bukan kosong itu juga akhirnya akan mengikut piawaian aku sendiri juga akhirnya, dan masih berjalan sambil memegang benchmark yang tiada bermakna. Ternyata kepakaran kita selama ini adalah berteriak kosong, kalaupun terapi itu yang kita kejar tapi terapi kita mungkin menjadi bahana kepada mereka yang mentafsir secara objektif. Sekali lagi kebuntuan ini berpusing dalam kitaran yang sama. 


Khamis, 1 November 2012

And the sea will come and sweep us away from here.

Tengahari tadi hujan lebat. Dan aku kuyup. Aku ada dua payung; payung yang besar aku korbankan untuk kepentingan orang lain. Aku takpe, ada tudung. Kecik mana pun badan aku, kaki aku panjang. Jadi kena hujan.

Aku tak tau dekat mana yang tak kenanya, keluar-keluar pukul 6 petang aku terkesima tengok cuaca dekat luar. Terang, semacam cerah. Aku tak sangka ini akan berlaku. 

See, biasanya aku akan gembira bila dah panas. Bila dah kembali terik.

Tapi aku taktau dekat mana yang tak kenanya.

Dilema setiap hari; sama ada aku nak ikut jalan bandar atau seksyen 7. In a split second, tau-tau aku dah menghala ikut jalan bandar. Ada tasik, tapi aku tak singgah. Traffic light merah pun aku langgar. 

Sampai-sampai area rumah, in a split second, i turned left. Kawasan perumahan tiga tingkat. Cukup satu lorong, aku keluar balik. Heading home. Home sweet home.
I feel like going somewhere else.
I feel like wandering around, layan angin petang, layan cuaca petang terang macam ni,
daripada terbazir macam tu. Tapi tanpa aku sedar, aku dah tap kad akses dekat guard house. 

Matikan enjin kereta, rendahkan seat, aku tersandar. Termenung.

Blue Sands aku pasang, mainkan, again and again. And, again.

Ia seperti pagi, satu permulaan hari yang baru setelah malam. Bezanya, ini bukan pagi. Dan cuaca cantik macam ni terputus macam tu saja. Tiba-tiba dah malam.

Sambil aku drive fikiran aku kelabu asap. Aku rasa macam pagi, perasaan aku macam pagi. Kenapa semua orang pulang? Kenapa hari ni hendak berakhir?

Aku baru nak bermula. Sepertinya aku baru hendak bermula.
Janganlah (oh Tuhan) cantas perasaan aku macam ni.
I am not prepared.

Khamis, 25 Oktober 2012

Ilusi

Bila kau bahagia berbungkuskan rasa yang satu,
Memori indah walaupun satu yang kau bekalkan untuk aku,
berkekalan sampai bila-bila.

Walaupun tiap detik yang berlalu dalam hidup aku berlalu pergi tanpa warna,
kekal hitam putih;
yang ada pada aku hanyalah filem-filem yang penuh dengan gambar kau, gambar kita,
dan itu berputar dalam pusingan yang..infiniti.

dan contengan monolog aku di mana-mana menjadi bukti kepada aku sendiri 
tentang rasa dan cita,
tentang perjalanan ke arah dewasa,
tentang memahami engkau dan aku,
tentang menjadi bodoh dan jatuh keseorangan,

di lain harinya,
bila pagi datang dan kita bangun bercitarasakan yang berbeza-beza,
aku bangun dengan cinta,
dan kau bangun dengan..
..kau, cerita yang lain.

Aku tak ingin berbicara tentang menjadi watak yang disalahertikan sekarang,
kerana hanya cinta yang memenuhi ruang paru-paru aku,
dan aku penuh dengan kerinduan,
dan ketahuilah,
aku penuh, dengan kerinduan.


Ahad, 21 Oktober 2012

If You Leave Me Now

Sambil baring aku pasang.
Sambil tenung langit mendung aku baring tongkat kaki.
Sambil sing-a-long aku goyang-goyang kaki perlahan.

Tuhan,
tolong ya?

Ahad, 14 Oktober 2012

I'm not a snob. Referring to that one thing that I at least know.

How do I stay sane?
I realized the pattern now.

I'm not so much sane as to what sane means basically,
but that thing helps me to at least be at the border.

And I do realize now that I, finally have something that I can use to describe me. 
At least something.
Nothing can be proud of.
And I'm feeling too old for this already.

Selasa, 9 Oktober 2012

More grist to the mill, i suppose.

Aku bersila depan kanvas kosong memikir,
kau kanvas tak kan bagitahu aku apa lukisan yang bakal terhasil.


Ahad, 7 Oktober 2012

It's A Tough Call.

Setiap hari ahad je otak aku gerak cergas.
Aku tau apa patut aku buat,
lagi-lagi la bila tengah baca buku yang aku tengah baca ni.
Serabut kepala aku.

The risk i'm taking each week,
costs you new scars.

Lepas tu hati aku terus bagi janji-janji palsu.
Kat mana aku nak toreh keyakinan wahai hati?

Sabtu, 6 Oktober 2012

You certainly would be surprised if you can see what's going on in my head right now.
But you, you won't.
Stop being judgemental, please.
You don't like being judged,
so don't.

Selasa, 2 Oktober 2012

Aku menyelusuri jalan memori ini dengan lagu-lagu yang bergayutan dengan bayang engkau.
Cara mudah untuk kembalikan rasa lama yang mungkin terdampar terbiar sepi jauh nun di dasar memori.

Nostalgia sentiasa ada jalan terbaik membawa balik apa-apa yang kita terlupakan.