Sabtu, 26 November 2011

Seriously.
Aku takut dengan orang yang pandang aku tinggi sangat.
Dengan yang mengharap sangat.

Come on.
Banyak sangat pasal aku yang kauorang tak tahu.
Banyak sangat pasal cara aku fikir yang tak kena dengan cara korang fikir.
Maksud aku, kau boleh ke layan aku bercerita pasal falsafah?
Maksud aku, boleh ke layan aku membebel pasal minat aku nak belajar ilmu falsafah falsampah;
Minat aku untuk faham perangai budak-budak rebel;
Minat aku untuk faham perangai yang pelik-pelik;
Minat aku untuk faham orang yang orang lain reject untuk faham;
Minat aku untuk faham orang yang dah buat dosa banyak, dah tak suci apa semua;

..Boleh ke, terima aku yang sangat open-minded tentang..semua benda?
Yang paling penting, sanggup ke terima aku yang..baru belajar, masih belajar, hidup?
Yang masih mencari-cari siapa aku ni sebenarnya?

Boleh ke?

Seriously, takutlah.
Sebab aku tahu apa yang kauorang nak, tapi..sesungguhnya aku tak mampu bagi sekarang.
Bukan sekarang.

Aku ada terlampau banyak benda nak absorb setiap hari.
Aku terlampau tamak nak tahu semua.
Terlampau tamak nak belajar semua; atas tiket alasan nak perbaiki diri.

Jumaat, 25 November 2011

menitik airmata baca ini.

Aku tak pasti samaada kau sedang menjadi jujur atau sedang menaikkan semangat aku semata-mata. Tapi mengenali kau, kau sedang menjadi jujur. Dan bila kata-kata yang sama keluar tentang betapa kau letak momen itu dekat pada hati hingga ke saat ini, untuk kali yang kedua, setelah tahun-tahun yang sudah berlalu, aku..baru sungguh-sungguh memahami maksud kau.

Terima kasih sahabat, mengingatkan aku kepada siapa yang aku pernah jadi. Atau yang sebenarnya.

Kau, adalah antara kepingan-kepingan cermin yang mencerminkan keseluruhannya aku.

Sabtu, 19 November 2011

Berlagaklah kena pada tempatnya.
Kena pada umurnya.
Kena pada dewasanya.


Khamis, 17 November 2011

Aku tak berani percaya pada siapa-siapa.
Kalau ada orang berkenan, aku tak taruh harapan tinggi;
sebab aku tahu,
aku bukan yang macam diorang sangka.

Dan aku kenal aku siapa.

Aku tak ada apa yang diorang nak.
Simple.

Dan, meneruskan kehidupan macam tu,
lebih senang.

I don't even give a chance.
Sorry.

Rabu, 16 November 2011

Aku tak kata aku bukan lagi aku yang dulu,
cumanya,
aku sudah jadi aku yang sekarang, dengan masih mengekalkan aku yang dulu, dan sentiasa cuba menambahbaik apa yang ada.

Pencapaian berbukit-bukit tak lagi buat aku kagum.
Komuniti satu keluarga? Aku tak minat.
Aku tak suka untuk di suruh-suruh. Aku tak suka untuk di suruh-suruh buat itu buat ini.

Aku tak suka..bukan, buat masa ini, aku tak rasa nak berada dalam satu komuniti yang ramai.

Aku nak mendekati satu, satu.
Secara personal, secara eksklusif.
Dengan cara itu, baru aku boleh tumpukan sepenuhnya pada satu, satu benda. Orang.

Kalau ramai-ramai, macam mana?
Kuantiti aje tapi kualiti tak terjaga.
I know what I can do.
I know what I'm capable of.
And I know my limitations.

And I know why I still can't get the best of this life.

That's okay, im still learning slowly.
well for a slow learner, im quite fast coping with everything.
and i learn new things at a very fast rate.
everyday is Learn New Things day.
everyday is Becoming A Better Person day.

im preparing myself to become the best person i can be.
for i want to be a person who gives a lot,
not receives a lot.
Randum.


Untuk betul-betul perasan, baru aku betul-betul perasan.

Handsome faces don't really impress me.
Attitude is.

Rupanya dari dulu lagi. 
Bila orang lain selalu tertumpu pada yang hot, good looking, nice, smart; which is everyone's favourite--
I, on the other hand, always get attracted to the other guy who'd prefer to keep it low.
Which i think wayyyy more hot and attractive.