Khamis, 25 Oktober 2012

Ilusi

Bila kau bahagia berbungkuskan rasa yang satu,
Memori indah walaupun satu yang kau bekalkan untuk aku,
berkekalan sampai bila-bila.

Walaupun tiap detik yang berlalu dalam hidup aku berlalu pergi tanpa warna,
kekal hitam putih;
yang ada pada aku hanyalah filem-filem yang penuh dengan gambar kau, gambar kita,
dan itu berputar dalam pusingan yang..infiniti.

dan contengan monolog aku di mana-mana menjadi bukti kepada aku sendiri 
tentang rasa dan cita,
tentang perjalanan ke arah dewasa,
tentang memahami engkau dan aku,
tentang menjadi bodoh dan jatuh keseorangan,

di lain harinya,
bila pagi datang dan kita bangun bercitarasakan yang berbeza-beza,
aku bangun dengan cinta,
dan kau bangun dengan..
..kau, cerita yang lain.

Aku tak ingin berbicara tentang menjadi watak yang disalahertikan sekarang,
kerana hanya cinta yang memenuhi ruang paru-paru aku,
dan aku penuh dengan kerinduan,
dan ketahuilah,
aku penuh, dengan kerinduan.


Ahad, 21 Oktober 2012

If You Leave Me Now

Sambil baring aku pasang.
Sambil tenung langit mendung aku baring tongkat kaki.
Sambil sing-a-long aku goyang-goyang kaki perlahan.

Tuhan,
tolong ya?

Ahad, 14 Oktober 2012

I'm not a snob. Referring to that one thing that I at least know.

How do I stay sane?
I realized the pattern now.

I'm not so much sane as to what sane means basically,
but that thing helps me to at least be at the border.

And I do realize now that I, finally have something that I can use to describe me. 
At least something.
Nothing can be proud of.
And I'm feeling too old for this already.

Selasa, 9 Oktober 2012

More grist to the mill, i suppose.

Aku bersila depan kanvas kosong memikir,
kau kanvas tak kan bagitahu aku apa lukisan yang bakal terhasil.


Ahad, 7 Oktober 2012

It's A Tough Call.

Setiap hari ahad je otak aku gerak cergas.
Aku tau apa patut aku buat,
lagi-lagi la bila tengah baca buku yang aku tengah baca ni.
Serabut kepala aku.

The risk i'm taking each week,
costs you new scars.

Lepas tu hati aku terus bagi janji-janji palsu.
Kat mana aku nak toreh keyakinan wahai hati?

Sabtu, 6 Oktober 2012

You certainly would be surprised if you can see what's going on in my head right now.
But you, you won't.
Stop being judgemental, please.
You don't like being judged,
so don't.

Selasa, 2 Oktober 2012

Aku menyelusuri jalan memori ini dengan lagu-lagu yang bergayutan dengan bayang engkau.
Cara mudah untuk kembalikan rasa lama yang mungkin terdampar terbiar sepi jauh nun di dasar memori.

Nostalgia sentiasa ada jalan terbaik membawa balik apa-apa yang kita terlupakan.