Isnin, 25 Jun 2012

Dan ini aku, selepas berakhirnya semuanya.

Aku pulang dari perang ini, dengan cedera yang membawa kecacatan kekal.
Dan aku pulang dari medan perang ini, dengan disambut berita kehilangan dia yang aku janji pada diri sendiri untuk berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan aku kepercayaan untuk langsung percaya yang aku lahirnya seorang perwira; bahawa jauh di dalam hati dia tahu bahawasanya aku ini seorang perwira. 

Aku pulang dengan masih darah menitik-nitik daripada dahi aku, bahu aku yang terkoyak kulitnya, kaki aku yang pecah lututnya - hanya untuk disambut dengan kelesapannya daripada mata aku.

Dia hilang - dan dia tinggalkan nota untuk mengakhirkan semuanya.
Mengakhirkan apa?

Dan ini aku, yang baru pulang daripada peperangan dengan ilusi yang aku sendiri memperdaya diri sebagai satu realiti.

Jumaat, 22 Jun 2012

Ini, sebagai ingatan.

Tentang bagaimana aku mengharungi minggu terakhir..oh tak, hari-hari terakhir sebelum pembentangan final year project.

Ada dua je kemungkinan.

Dan aku langsung tak berani membayangkan mana-mana satu pun senario.

Dan ini aku, sebelum segalanya tercatat.
Sebelum penghabisannya menjadi nyata.

Dan ini aku, umpamanya berdiri di hujung sebelah kiri medan perang,
dengan pedang terhunus ke bumi,
memandang jauh ke hadapan,
bayangan pihak lawan yang berbalam-balam;
yang jumlahnya tidak dapat aku pastikan,
dan aku akhirnya tarik nafas mengira satu dua tiga,
lantas melaung takbir dan serentak juga menghunus pedang ke langit,
mencabar pihak lawan di seberang sana,
dengan simbolik mengunjuk ke langit umpama mengatakan,
takdir di atas menunggu kita berdua.
Sama ada kau,
atau aku,
yang akhirnya berjalan keluar daripada medan ini,
dengan langkah seorang wira.

Sama ada kau, atau aku,
yang mati.

Ayuh.

Khamis, 7 Jun 2012

Takdir.

Matematiknya berkaitan
2 tahun lepas
Aturannya berturut

Kaedah Mokhdar
Bandar Country Homes

Hanya satu panggilan telefon
Lantas menemukan aku
Dengan engkau

Dan aturannya berturut
Hingga sekarang.

Selasa, 5 Jun 2012

Apa pun yang jadi,
gua tak harus menangis.

Apa pun yang jadi,
gua patut berhenti.

Apa pun yang terjadi,
gua harus tahan diri gua dari hancurkan loker ni.

Apa pun yang terjadi,
gua harus kuat.

kata gadis di depan aku.
dan dia gagal.
dan aku melihat dia gagal.
dan aku tinggal melihat dia melutut ke bumi dengan air mata.
buku limanya berdarah.
dan aku tinggal melihat dia meringkuk memeluk lutut.

Isnin, 4 Jun 2012

jangan tak tahu,
sedangkan cina cakap bertempik-tempik pun aku tergigil.
seperti kawan aku yang tergigil-gigil bila diacu pistol dikepalanya, oleh bapanya sendiri.
sedangkan aku, tidak pernah dipukul.

jangan tak tahu,
langkah longkang pun aku tergigil-gigil.
sedangkan jatuh longkang pun aku tak pernah.

jangan tak tahu,
aku memang penakut.